sila berdiri di belakang garisan kuning!!!

aku tengah bayangkan aku seorang halimunan
naik lrt tanpa perlu berebut aku menyusup masuk
duduk atau tak belakang kira
kalau dah tahu satu stesen je tak payah lah manja manja nak duduk sangat .
perhatikan setiap gerak geri manusia
ada satu tempat khas yang memang disediakan untuk orang kurang upaya,orang tua dan seangkatan
kadang bila aku pandang ada yang sihat duduk situ yang golongan OKU berdiri dan masih tersenyum 
aku cuba mengaplikasikan senyum dia itu menyindir atau benar benar ikhlas.
ada juga part yang berdrama seakan dunia milik mereka
ada yang dalam dunia antisocial melekat dengan phone and tablet macam nak masuk
kalau aku ni ada magic chinggggg aku hilangkan dia biar dia masuk dalam game tu . HOHO
ada pulak yang gatal tahap ulat bulu 
bayangkan tempat banyak kosong menyendeng dekat dekat dengan perempuan
kalau aku ironwomen dah lama aku campak dia kat dalam laut.
ada juga yang ramah murah dengan senyum
tapi tak bertempat ramahnya pun ada
ada pulak tu yang tak sabar lrt belum berhenti dah maju ke depan lagaknya macam tak reti sabar
mencari tempat duduk kosng barangkali penat agaknya [positive thingking]
ada yang sampai tertidur tak takut terlepas stesen atau sudah dipasang alarm mungkin
tapi part paling aku suka bila family bawak anak dorang naik komuter and anak anak dia sangat teruja
mengimbau masa aku kecik dulu macam tu lah aku rasa
happy tengok dorang excited naik komuter or lrt.
siapa tak teruja dulu aku ingat komuter ni komputer yang kita masuk dalam dia lepas tu boleh pulak bergerak
yang bestnya dia tak jam and smooth je.

thats why kalau balik seremban aku prefer naik komuter dari bus even lambat tapi aku  suka . sebab aku dapat menelaah manusia manusia yang ramai ni . orang menelaah buku aku menelaah manusia. =-=

No comments:

Post a Comment