tiada jawapan.

nampak luar bahagia tapi dalam siapa tau dia sengsara. bergelut dengan perasaan sendiri. sentiasa persoalan datang berlegar legar . mencari jawapan untuk keluar dari persoalan itu. persoalan yang semakin rumit untuk difahami oleh sesiapa termasuk diri sendiri. kadang dia cuba untuk mencari jawapan tapi yang pastinya akhir akan kecewa kerana jawapan tidak dijumpai. tak semua persoalan akan ada jawapannya mungkin.makin mengerti tentang arah tuju kehidupan yang semakin banyak duri tajam di depan.semakin banyak benda baru yang tak pernah dialami datang tanpa diduga dan cuba untuk belajar menerima dan memahami dan cuba menyelesaikan tanpa mengharapkan sesiapa untuk menolong kerana cukup yakin dengan ketentuan yang telah ditentukan untuk dia oleh-NYA.


No comments:

Post a Comment