dua dimensi

sedang kita melihat kereta lalu lalang , motor selit sana selit sini . tiba tiba mata ini terlihat kelibat motor dengan bawa isteri anak dua orang depan belakang memang padat . dalam hati ''dia ni tak kesian kat anak dia ke ?'' ''dia tak sayang nyawa ke?'' bila lihat situasi yang macam ni terkadang terdetik rasa kesian sangat . mungkin penunggang motorsikal tu akan jawab macam ni .''bukan aku tak sayang tapi apa aku boleh buat inilah satu satu kenderaan yang aku ada ''. memang dari segi keselamatannya memang lah tidak bagus .tapi dari aspek ekonomi kita kena fikir jugak. 

bukan semua orang mampu pandu kereta mewah
bukan semua orang mampu merasai nikmat duduk bawah aircond
bukan semua orang mampu merasa nikmat berbelanja besar 
bukan semua orang mampu makan di restoran mewah
bukan semua.

kalau lah dia ada kenderaan lain tak mungkin dia akan bahayakan nyawa orang yang dia sayang kan ? apa boleh buat . itu sebab kita boleh tengok kadang kadang ada polis yang akan tutup sebelah mata tengok kenderaan ni lalu. perikemanusiaan tu kena ada . taraf ekonomi kita semua tak sama. tapi ada jugak yang masih tak faham.

dia mungkin tak pernah rasa susah
dia mungkin tak pernah rasa kekangan duit
dia mungkin tak pernah berlapar semata nak kumpul duit .
dia mungkin tak pernah rasa susahnya cari duit 
dia mungkin tak pernah letak diri dia bila dia yang akan rasa macam tu apa yang dia akan buat .

kalau dia faham dia tak akan nilai orang orang yang serba kekurangan ni sebelah mata. apa kita boleh buat ?

bila kita nampak pemandu atau orang orang yang susah doakan la agar dia dimurahkan rezeki dan dapat hidup dengan cukup makan cukup pakai .

cuba sekejap kita tutup mata dan bayangkan kita dekat keliling orang yang kita memang tak pernah kenal .kita seorang diri.dan dalam poket ni takde apa . kosong. apa kita buat ? hargai apa yang diberi.bersyukur dengan nikmat yang diberi. setiap kita ada bahagian masing masing .dan Allah itu maha adil dan saksama. tidak mungkin diberi ujian yang tidak mampu ditanggung hambaNYA bukan ? 

assalamualaikum :)

2 comments:

syanielstar said...

Membuka mati hati org yg mmbaca

negi said...

http://www.kidsfront.com/govt-jobs-exams.html this link provides you all the help related to exams

Post a Comment