berakhir PRA-U :)

akhirnya!! akhirnya tamat sudah zaman persekolahan .lebih kurang 7 tahun aku bertapak kat sekolah tu menuntut ilmu. di sekolah yang sama ,cikgu je yang lain. rasa macam tak percaya . rasa macam belum habis. tak rasa macam dah merdeka pun . kenapa eh. hati rasa macam terikat lagi dengan sekolah . belum putus lagi tali tu. memang dulu masa sekolah rasa macam malas semua. tapi memang kebenaran tu kita akan rindu semua. bak kata ustaz ,dah tak ada orang nak marah , membebel kat korang, tak ada orang nak kisah dah. tak ada orang nak ambik berat semua dah. bila dah melangkah masuk 'U' nanti semua kena buat sendiri ,tak ada pensyarah kat situ nak tolong macam cikgu tolong. kena berdikari. masa tu rasa sedih gila. tapi tu semua kenangan yang paling paling terindah yang semua kita pernah rasa. tapi zaman form 6 hanya orang orang bertuah je yang dapat rasa. dan aku bertuah terpilih menjadi salah seorang darinya. macam macam benda jadi mematangkan diri. luaran memang tak nampak. HEHE tapi dalaman dari segi metal rasa rasa dah kuat dah ni :D


 serius cakap zaman form 6 awesome sangat . walaupun banyak masalah tapi masalah tu lah yang menambahkan keseronokan menjadi penambah rasa dalam form 6 :)walaupun masa kita form 6 kita rasa macam menyampah semua. tapi bila makin lama kita bercerita balik semua benda tu kita akan rasa rindu teramat sangat. rindu cikgu yang sporting . rindu kelas ^ mawar terutamanya. kelas yang sangat bayak masalah dan gosip tapi peliknya bolek kerjasama dengan baik kalau ada apa apa event. HAHA memang gempak lah. kelas yang terdiri dari 10 orang dan 3 lelaki dan selebihnya perempuan dan ada 3 kaum. memang perfect lah kan. cikgu cikgu yang kitaorang dapat pun memang sangat sporting. kelas kita lah yang paling famous dengan jamuannya dengan tercerianya :D tapi bila bab belajar paling malas :P  suka sangat berborak sana sini. haha. cikgu semua risau . cikgu untuk peperiksaan sebenar yang telah berlalu ni kitaorang dah all out cikgu. dah sehabis upaya berusaha. doakan kitaorang berjaya semuanya :D

SMK SERI AMPANGAN dalam ingatan sepanjang zaman :D


No comments:

Post a Comment