kerja dan belajar ?

masa sekolah heboh nak keje .nak pegang duit sendiri . tapi bila habis je sekolah . masuk pulak ke alam pekerjaan yang sementara ni . memang baru tahu rasa susahnya nak cari duit. bila dapat duit tu rasa macam sayang gila nak keluarkan .tapi ingat senang keje. ada tanya penat keje? susah keje ? stress keje? keje mana tak penat ? duduk dalam ofis bawah aircond pun penat jugak tau. penat duduk .penat kena marah. ni pulak keje yang memerlukan tenaga yang sangat banyak. memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi lah kan . keje under cina memang banyak sangat dia punya cerewet dan pantang larang. tu tak kisah sangat lah kan. 

tak boleh tahan bila kerja dengan orang yang perangai dia mengalahkan boss. bila suka gelak huhahuha sana sini .kenakan orang gelakkan orang. tapi bila orang buat dia,dia marah dia naik angin.lepas tu sesuka hati mengarahkan orang buat itu ini. lepas tu sedap je nak tengking tengking orang macam orang ni robot yang tak ada perasaan.tahan boleh la tahan tapi bila dah banyak kali kena sapa pulak boleh tahan . lepas tu bukan nak minta maaf ke apa. panas baran tahap max. paksa aku keje dengan orang macam tu memang tak boleh . bila orang dah buat macam tu pandang and jumpa dia pun aku tak nak. tapi nama pun satu tempat keje pusing pusing jumpa jugak. ada akak cakap pergi lah mana mana pun mesti jumpa jugak orang macam tu. mungkin lebih teruk lagi. so cuba lah menyejukkan hati sendiri dan hilangkan marah kat dia perlahan lahan. dulu penah dia buat lama jugak tau baru aku boleh cool. ni buat lagi memang cari pasai lah kan kingkong ni. tak bertegur aku dengan dia sehari.hari ni masak sensorang dua dua tukang masak masuk tengah hari.boleh je lah.tetiba tengah masak kingkong tu masuk.aduhh memang potong lah. spoil mood aku. masak dengan mood yang membara.yang kelakar aku masak macam bajet pandai je padahal jarang masuk dapur tu , . action macam pandai buat semua. ego tinggi punya pasal. haha nak masak fried rice satay .paste dia sama pulak dengan beef paste bantai lah aku masak. mula mula macam pelik gak colour dia lain tapi biarkan je. lepas tu bila aku check balik baru aku tanya kingkong tu. malu tak payah cakap.marah punya pasal sampai masak pun salah.kesian orang tu. tapi bila tengok habis pulak makan. haha sedap lah kot.

seriously alam pekerjaan tak menyeronokkan. rindu sangat zaman sekolah. bila dah masuk alam kerja life untuk enjoy tu limited sangat .seriously. so enjoy lah zaman sekolah korang puas puas .nanti rindu pun dah tak dapat nak kembalikan waktu indah tu . :)


2 comments:

Saleha Syuhada said...

bestnya baca blog kmu smbil dgr alunan biola..hehe

chocolate gurlz said...

terima kasih :D

Post a Comment