pandangan sepi.

mungkin dilihat dia seorang yang perkasa bagaikan badang tapi sebenarnya dia hanya si semut kecil yang sering berlari mendapatkan perlindungan kerana takut dipijak atau dimakan haiwan yang lebih besar, dia kuat kerana tidak mahu dilihat lemah dan tidak mahu dianggap tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. dia mahu dianggap seperti seorang yang kuat dan dihormati sehingga tidak ada siapa berani untuk cuba menyelami hati dia yang mungkin dilanda berbagai persoalan.dia tau ada yang cuba mengorek rahasia yang tersembunyi ,tersimpan jauh di lubuk hati tapi belum ada yang berjaya sehingga ke dasar . mereka berputus asa .sekerat jalan dan berpaling kerana tidak sanggup menunggu lebih lama. manusia hanya bekerja sekerat jalan dan kemudian putus asa akan datang . dan kerja itu dibiarkan terbiar tiada penyudahnya.tetapi dia yakin akan ada manusia lain yang akan datang dan meneruskan kerja itu sehingga ke penyudahnya. sehingga kini manusia lain yang lihat hanya memberi pandangan sepi . dan terus berlalu tanpa cuba menyudahkan kerja yang tertangguh itu.

No comments:

Post a Comment