istiqamah

aku ingin bercakap dengan penuh matang dan bergaya. cehhh. tapi aku tak nak apa yang aku cakap hanya sekadar omongan kosong . atas angin yang tak aku buat tapi hanya bercakap. aku tak mahu dipersoalkan di akhirat nanti. aku tak sanggup untuk berdepan dengan tangan yang hanya menulis mata yang hanya melihat dan mulut terkunci rapat. zzzz tidur sekejap sambil berfikir.

aku sebenarnya cemburu. betul aku cemburu dengan wanita yang bertudung labuh ,manis senyuman, bercakap lembut penuh sopan, dan aku lihat diri aku sangat berbeza .tersangat berbeza. terkadang hati berkata sendiri bilakah perubahan ini akan bermula. sehingga saat malaikat maut mahu mencabut nyawakah? apa yang aku nak, berubah dan terus istiqamah dengan apa yang aku buat sebenarnya. aku cuba untuk mendapatkan redha Allah sebenarnya. aku cuba untuk mencari permata yang sebenar benar permata tapi pengakhirannya kecewa melanda kembali. aku gagal, tapi hingga saat ini hati meraung meronta cemburu melihat mereka yang berjalan penuh rasa kasih cinta terhadap pencipta-NYA. biarlah di luar orang melihat kekasaran tapi di hati penuh kelembutan dan rasa cinta yang mendalam terhadap Pencipta. biarpun kasar tapi tidak melampaui batas sebenarnya. 

No comments:

Post a Comment