orang berubah

mungkin dulu kita seia sekata
apa kau rasa kau bagi tahu
siapa yang kau suka kau bagi tau
apa masalah kau bagi tahu
apa yang kau nak aku tolong aku akan cuba sedaya upaya 
mungkin dulu aku diibaratkan kembar kau 
mungkin dulu kita takkan terpisah
mungkin dulu kita sahabat sehidup semati
mungkin dulu kita kawan hingga ke hujung nyawa.
mungkin dulu aku orang pertama kau cari
mungkin dulu aku yang tak pernah lupa kau sebut
mungkin dulu nama aku selalu bermain di bibir
mungkin dulu kau sayang aku



mungkin itu dulu .itu dulu
dan kenyataan yang harus diakui oleh aku sekarang 
sayang kau aku tak pasti
aku menjadi yang terakhir kau ingat
semakin memudar nama aku di ingatan
semua sudah berubah
kau berubah
dan aku pasrah.

No comments:

Post a Comment