manusia dan janji

kalau dulu kita cakap pasal janji kita mesti tunaikan mesti kotakan kalau tak tunaikan mesti dianggap mungkir janji atau lain perkataan munafik iaitu orang yang ingkar pada janji. tapi zaman sekarang perkataan janji tu senang senang dilafazkan macam air. aku janji akan bagi kau bahagia . aku janji hanya kau seorang di hati. puihhh. janji hanya pada kata hanya atas angin bukan janji yang sebenar benarnya janji. kadang kadang bila kita berjanji kita akan buat orang menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi pada diri kita dan pernah tak kita fikir bila kita memungkiri janji tersebut kita dah hancurkan harapan mereka dah patahkan hati dan buat mereka tak percaya pada diri kita. 

bagi aku jangan bagi aku perkataan janji jika janji tu hanya sekadar ucapan biasa yang tak akan terlaksana . perkataan janji tu patutnya biar si pelafaz tu cakap dalam hati dan bila tertunai baru dia ucapkan . cukuplah hanya dia tahu janji dia. tak perlu bagi aku dengar . tahu tak janji tu macam bagi harapan . dan si pengharap tu mengharap bagai orang gila last last ? apa dia dapat ? angin yang datang dan berlalu hanya singgah seketika. woooo bila kita mengharap sesuatu dan meletakkan sesuatu dengan harapan kita akan dapat dan bila tak dapat pap !!! sangat menyakitkan sangat memedihkan . cuba bayangkan dia janji satu hari dia akan kahwin dengan kita dan kita mula membayangkan pelamin indah , dengan baju pengantin yang cantik dan nampak macam princess. tup tup tak jadi ? apa kita rasa? 

tak perlu janji. janji pada diri sendiri tak perlu janji pada orang lain. aku tak perlu dengar perkataan janji tu .cukup hanya telinga orang yang membuat janji tu yang dengar dan hanya hati dia ja yang tahu. bimbang nanti hati terluka dan sukar dipulihkan . zzzzzzzzz :D


No comments:

Post a Comment