just talk about "something"

apa ingat orang happy tak tau sedih ?


kadang kadang kita tengok orang tu happy , gila gila macam tak ada masalah langsung . tapi dia cuba untuk melarikan diri dia dari masalah dengan buat semua tu . dengan buat buat happy . dengan cara tu dia dapat hilangkan sekejap masalah yang bertimbun . melambak atas kepala. orang ingat dia tak ada perasaan . orang ingat dia macam badut . tapi kadang kadang bila kita tengok . kita tenung tepat ke dasar hati dia. kita akan dapat rasa. jangan cepat menghukum orang . setiap orang masalah berbeza. dia happy salah . dia gelak salah . apa yang betul ? dia juga perlukan orang untuk support apa yang dia buat . bukan asyik menjatuhkan hukum . bukan untuk mengutuk setiap apa yang dia buat. bila kita tahu masalah yang dia ada. kita cuba untuk bagi semangat dekat dia. bukan down kan lagi.bila dia ada someone yang setia di sisi dia dan sentiasa bagi dorongan untuk dia. dia akan rasa dia bukan sensorang kat dunia ni. kalau kita jadi kawan jadi kawan yang sentiasa tahu tentang apa yang kawan dia rasa. kalau kita jadi kekasih jadilah kekasih yang boleh membimbing ke arah yang lebih baik agar lebih bahagia. nak cakap pasal kahwin ni tak boleh sangat sebab kita tak kahwin lagi ><

jangan menilai pada pandangan yang pertama !! 

contoh macam kita tengok orang yang kita sayang sedang berpeluk peluk dengan perempuan lain . padahal lelaki tu tengah cuba untuk mengelak dari perempuan gatal tu. disebabkan pandangan kita dah dikaburi dengan cemburu yang meluap luap dengan apa yang kita lihat tanpa disoal siasat kita dah menjatuhkan hukum . tak adil. pandangan pertama yang kita lihat tu tak semestinya betul. kadang kadang boleh jadi salah faham mata. 
contoh lain kita tengok perempuan seksi tu lepas tu cakap dia jahat . padahal kita tak tahu mungkin dia akan jadi lebih baik dari kita.so mana kita tahu dia jahat ? pernah kita jadi kawan dia ? 
kenal dia baru kita boleh nilai. jangan buat keputusan berdasarkan nafsu . nanti kita jugak yang menyesal tak sudah :D

No comments:

Post a Comment