pintasan lalu ->kawan

assalamualaikum .

air mata yang gugur. hati yang membengkak dan berdarah memberi satu permulaan untuk menuju ke arah kedewasaan . sahabat sejati boleh menjadi pohon untuk kita berteduh. kadang kadang hidup memang kita akan menghadapi situasi tersalah pilih kawan . kawan makan kawan . kawan talam dua muka . kawan hipokrit. itu semua adalah pengajaran untuk kita supaya kita lebih berhati hati dalam memilih kawan atau lebih specific lagi sahabat . kawan boleh seramainya. tapi sahabat dalam berjuta mungkin satu atau dua kita akan jumpa. setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan . dan setiap pertemuan dan perpisahan tu pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. mungkin kawan baik kita sekarang boleh menjadi seorang yang asing dalam hidup kita suatu hari dan orang asing yang kita tak pernah sangka akan jadi kawan kita tiba tiba jadi kawan yang sangat baik kepada kita. itulah hidup kan. kehidupan sesuatu yang tidak dijangka. kawan ni macam hadiah . kadang kadang hadiah tu datang dalam bentuk kejutan yang kita tak tahu apa dalam dia .baik atau buruk hadiah tu bergantung pada isi dalamnya. setiap perjalanan hidup kita untuk menuju kejayaan kita akan menemui kawan yang berbeza dan kita jadi semakin matang dalam berkawan. dalam proses kita menjadi tua kita akan menjadi semakin matang apabila banyak pengalaman hidup yang kita tempuhi. berharap agar walau macam mana bentuk perangai manusia yang kita akan jumpa kita dapat atasi dengan sabar dan bertindak dengan matang dan berfikiran positif. anggap kawan yang baik adalah anugerah dan yang tidak sebagai pengajaran dalam hidup .:) 


No comments:

Post a Comment