sudut kosong

sakit . dia yang tanggung . pedih dia yang rasa. siapa nak faham ? jawapannya tiada siapa siapa . dia susuri hidup ini dengan tabah . hatinya sudah tebal . lali dengan luka yang dialami . berapa kali dia tak sedih ? berapa kali dia tak menitiskan air mata ? berapa kali dia tak jatuh .? setiap kali dia terluka . dia tak bagi tahu sesiapa . hanya dia seorang sahaja yang tahu. setiap kali dia bersedih hanya Allah sahaja tempat dia mengadu . setiap kali dia menitiskan air mata .tiada siapa yang mahu menyapu air mata itu. setiap kali dia terjatuh . dia bangkit kembali . kerana dia tidak mahu orang menganggap dia lemah . dia kelihatan gembira . sentiasa gembira walaupun masalah besar melanda diri dia. siapa yang tahu ? tiada siapa. siapa yang nak menghulurkan bantuan ketika kesusahan melanda? manusia . hanya tahu berkata kata . tetapi apakah setiap kata yang diungkapkan itu dilaksanakan ? dikotakan ? dalam seribu kata kata . mungkin 1 , mungkin 2. pernah selami hati dia? pernah cuba tahu apa yang tersirat di sebalik yang tersurat ?kalau dia tidak kuat . mungkin dia sudah terlantar di hospital sakit jiwa. mungkin sudah di cop sebagai pesakit mental. 


Allah .hanya Allah membuatkan dia kuat . membuat dia teruskan hidup . membuat dia terus kuat mengharungi sisa sisa hidup di dunia. mungkin kelihatan bahagia di luar . tapi dalamnya hanya yang alami saja yang tahu . hanya orang yang benar benar jujur dan fahami situasi dia sahaja yang mampu faham masalah yang dia hadapi. masalah tak semestinya dikongsi . kadang kadang masalah yang dihadapi melibatkan pihak pihak lain . dia tersepit di tengah tengah masalah itu. sampai bila . sampai bila masalah itu ditanggung sendiri masih tiada jawapan yang pasti . mungkin sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir . apa yang diharapkan . semoga dia berpeluang menikmatai sinar kebahagian . sinar nur yang diberi oleh Allah. cahaya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. dia terus berdoa dan berdoa. mengharapkan hadirnya seorang insan yang mampu meringankan beban yang dihadapinya. jika tidak di sini . mungkin di sana .



No comments:

Post a Comment