bas dalam hidup?

habis kelas pukul 7 sepatutnya tapi dapat lepas awal pukul 6. apa lagi masing masing berlari keluar sebab takut terlepas bus. kalau tak kena menapak tunggu bus pukul 7.30. tunggu punya tunggu bayang bus pun tak nampak .boleh berkhemah dulu kot kat situ makan makan . memang menunggu satu penyeksaan .dari situ timbul satu cerita yang boleh dikaitkan bus dengan kehidupan.

kita tunggu bus. 
tunggu punya tunggu tak kunjung tiba
lama kita tunggu akhirnya muncul sebuah bus .
kita naik bus tu tapi bila dah separuh jalan baru kita sedar bus yang kita naik itu salah.
turun balik. tunggu bus seterusnya .
lama tunggu muncul lagi bus.
naik lagi dan malangnya salah lagi.
turun lagi. 
akhirnya lama tunggu kita dapat bus yang betul.
ya betul bus tu menuju ke destinasi kita.
tapi dalam perjalanan tu macam macam pulak liku liku yang di depan.
mula mula jem yang teramat, lepas tu bus rosak, lepas tu ada yang kemalangan di depan dan terpaksa tutup jalan.
halangan halangan tu buat kita lambat sampai ke destinasi kita. 
perkara perkara ni kita boleh kaitkan dengan perjalanan hidup kita yang penuh pancaroba dan ni jugak boleh dikaitkan dengan alam percintaan :D


No comments:

Post a Comment